Polis masih belum mendedahkan nama syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja pengorekan berhampiran paip gas terbakar di Putra Heights, Selasa lalu, kerana siasatan kini tertumpu sepenuhnya kepada lokasi kejadian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih di peringkat awal dan tumpuan utama adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku kecuaian atau unsur jenayah dalam insiden tersebut.
- Zahirah MacWilson mohon maaf, akui kesilapan sentuh isu agama
- Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
- Usia 81 tahun bukan penghalang, warga emas berjaya genggam PhD
- Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis
- ‘Usaha jatuhkan pemerintah yang adil adalah perbuatan Khawarij’ – Syeikh Wazir
“Kita tidak dedahkan nama kontraktor buat masa ini kerana fokus siasatan sekarang adalah kepada tempat kejadian dan kemungkinan sama ada kerja korek tanah itu telah mengganggu laluan paip gas atau tidak,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.
Tambah Hussein, siasatan dijalankan di bawah kertas siasatan ‘inquiry police’, yang membolehkan polis memanggil semua pihak berkaitan untuk diambil keterangan, termasuk kontraktor dan agensi teknikal yang memberi kelulusan kerja-kerja tersebut.
“Kita tidak mahu buat sebarang tuduhan awal tanpa siasatan lengkap. Kita siasat secara profesional dan sekiranya ada asas kukuh nanti, tindakan seterusnya akan diambil,” jelasnya.








