PM nasihatkan sektor swasta naikkan gaji pekerja - The Reporter

PM nasihatkan sektor swasta naikkan gaji pekerja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan sektor swasta turut menaikkan gaji pekerja mereka, sejajar dengan peningkatan gaji penjawat awam yang baru-baru ini diumumkan oleh kerajaan pada 1 Mei lalu.

Menurut Anwar, sektor swasta yang telah mendapat banyak manfaat dari insentif kerajaan terhadap kebajikan pekerja harus mempertimbangkan langkah ini.

“Walaupun keputusan saya hari ini (1 Mei) menyentuh penjawat awam, saya mahu mesej ini jelas kepada sektor swasta yang mencatat untung yang baik, sama ada bank atau syarikat, yang mendapat faedah sedikit sebanyak (daripada) Kerajaan,” katanya.

“Apa yang saya umumkan hari ini perlu didengar oleh sektor swasta supaya swasta dapat memberi layanan yang sewajarnya (kepada pekerja),” tambahnya.

1 Mei lalu, bersempena Hari Pekerja 2024, Anwar mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus, kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.

Dengan pengumuman itu, sektor swasta diharapkan akan mengambil langkah proaktif untuk menaikkan gaji pekerja mereka, sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan kesejahteraan pekerja. Sekali gus membantu dalam meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja, serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif di Malaysia.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!