Piala Dunia 2034: Arab Saudi kekal dengan pendirian tanpa alkohol - The Reporter

Piala Dunia 2034: Arab Saudi kekal dengan pendirian tanpa alkohol

Piala Dunia 2034
Sumber Gambar: ABS CBN

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Arab Saudi tidak akan membenarkan penjualan atau penggunaan alkohol sepanjang Piala Dunia 2034.

Menurut Duta Besar negara itu ke United Kingdom, Putera Khalid bin Bandar Al Saud menyatakan bahawa alkohol tidak akan dijual di mana-mana lokasi sepanjang kejohanan, termasuk di hotel.

Dalam satu temu bual bersama LBC, Putera Khalid menegaskan Arab Saudi tidak akan menyediakan minuman alkohol sebaliknya menyatakan banyak perkara yang dapat dinikmati selain alkohol.

“Pada masa ini, kami tidak membenarkan alkohol. Banyak keseronokan boleh dinikmati tanpa alkohol – ia bukan sesuatu yang wajib.

“Jika anda mahu minum selepas meninggalkan negara ini, itu terpulang kepada anda. Tetapi buat masa ini, kami tidak menyediakan alkohol,” katanya.

Beliau juga ditanya mengenai kebenaran minum alkohol di hotel oleh peminat bola sepak seperti yang berlaku ketika Piala Dunia 2022 di Qatar, Khalid menjawab perkara itu tidak akan berlaku sama sekali.

“Tidak, tiada alkohol sama sekali. Seperti cuaca kami, negara ini adalah ‘kering’.”

“Setiap negara mempunyai budaya tersendiri. Kami gembira untuk menerima tetamu dalam batas budaya kami, tetapi kami tidak mahu mengubah budaya kami untuk orang lain,” katanya.

Sumber: BBC

Total
0
Shares
Total
0
Share