Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Selepas luahan seorang wanita mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibelinya rosak dalam tempoh 8 jam. Perodua akhirnya bersetuju untuk menangani isu tersebut dengan membeli semula kereta itu.
Melalui satu hantaran di Facebook yang baru sahaja dimuat naik sebentar tadi, pemilik kenderaan tersebut, Nagakanni Subramaniam, memaklumkan Perodua telah bersetuju untuk membeli keretanya dengan harga penuh.
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh!
“Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama. Dan semua bayaran sebelum ini pun saya akan dapat semula pemulangan wang,” kata kerani berkenaan.
Selain itu, Nagakanni ditawarkan oleh Perodua untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama. Atau berhak menolak tawaran itu jika dia berhasrat untuk membeli kenderaan lain.
“Saya perlu buat keputusan ini dalam tujuh hari. Terima kasih Perodua atas keputusan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Nagakanni turut berterima kasih kepada orang ramai yang membantu dia menuntut haknya sebagai pengguna.
“Saya terhutang budi dengan anda. Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ini.
“Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya kerana gula, semut bersatu,” ujarnya.
Sumber: Facebook Nagakanni Subramaniam
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!