Perjuangan sehingga nafas terakhir, Yahya Sinwar sah dibunuh Israel | The Reporter

Perjuangan sehingga nafas terakhir, Yahya Sinwar sah dibunuh Israel

Sumber Gambar: X Irfan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Biro Politik Hamas, Yahya Sinwar disahkan terbunuh dalam serangan Israel Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan, Hamas mengesahkan berita kematian tersebut.

“Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas yang terakhir,” katanya.

Tular di media sosial video rakaman dipercayai dari sebuah dron milik puak zionis merakamkan Yahya Sinwar terduduk di bangku sebuah sofa dan di tangannya memegang sebatang kayu

Yahya dilihat tanpa rasa takut memandang tepat ke arah drone dan membaling kayu berkenaan ke arah dron walaupun tangan kanannya sudah terkulai.

https://twitter.com/Marchfoward/status/1847247308804760040

Pemergian Yahya sangat terkesan bukan sahaja kepada kumpulan pejuang berkenaan malahan rakyat Gaza dan masyarakat dunia turut berdukacita.

https://twitter.com/Marchfoward/status/1847414986320302146

Yahya dilantik sebagai ketua utama kumpulan berkenaan selepas menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran pada 31 Julai lalu.

Allahyarham menjadi sasaran Israel yang memburunya sejak permulaan perang dan Allahyarham merupakan ketua arkitek serangan Palestin tahun lalu ke atas Israel.

Sumber: Irfan, Astro Awani

Related Posts