'Pergi kenduri kahwin tapi tak bagi duit salam kaut, memang tak dapat goodies eh?' - The Reporter

‘Pergi kenduri kahwin tapi tak bagi duit salam kaut, memang tak dapat goodies eh?’

Hadiah tanpa salam kaut
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Amalan ‘salam kaut’ di majlis perkahwinan sering menjadi tradisi dalam masyarakat, di mana tetamu memberikan wang kepada tuan rumah sebagai tanda penghargaan. Namun, baru-baru ini isu ini menjadi perbincangan hangat di media sosial apabila beberapa individu berkongsi pengalaman mereka tidak menerima ‘goodies’ hanya kerana tidak memberikan wang semasa bersalaman.

Seorang pengguna Threads, Hany, meluahkan rasa pelik apabila hadiah yang dibawa ke majlis tidak dihargai sekiranya tidak disertakan wang.

“Sekarang kalau kita pergi kenduri kahwin bagi hadiah sahaja, tidak bagi duit salam kaut memang tidak dapat goodies eh?” katanya.

Dia turut berkongsi pengalaman apabila salamnya bersama tuan rumah disambut dengan pemeriksaan tangan untuk memastikan wang ada diberi.

“Yang salam dengan mak dia, mak dia siap intai dalam tangan saya ada ke tidak duit.”

Pengalaman serupa turut dikongsikan oleh pengguna lain. Mama Zue menulis, “Pernah kena juga. Dari elok senyum, terus masam mencuka apabila salam tidak disertakan dengan duit. Padahal kita sudah bagi hadiah untuk pengantin.”

Situasi ini membuat ramai tertanya-tanya apakah tujuan sebenar tradisi tersebut, yang pada asalnya untuk menjalin silaturahim, kini lebih kepada pemberian material.

Dalam satu lagi komen, pengguna KakRara_Syaqist berkata, “Di kampung saya, salam kaut itu sudah macam wajib. Kalau salam tangan kosong dengan tuan rumah, tangan dia akan menguis-nguis tangan kita masa bersalam.”

Walaupun begitu, ada yang mempertahankan amalan ini sebagai usaha membantu meringankan beban kos majlis pengantin. Namun, ramai yang berharap agar layanan terhadap tetamu tidak bergantung sepenuhnya kepada pemberian wang semasa ‘salam kaut.’

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!