'Perempuan moden tak rasa tercabar ke dengan perempuan dulu yang beranak 13 orang?' - Si Polan - The Reporter

‘Perempuan moden tak rasa tercabar ke dengan perempuan dulu yang beranak 13 orang?’ – Si Polan

Foto hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam, sebuah ciapan yang dibuat oleh seorang pengguna aplikasi X, telah menimbulkan kontroversi di kalangan netizen.

Dalam ciapan itu, lelaki berkenaan mempersoalkan apakah perempuan pada zaman moden ini tidak merasa tercabar dengan perempuan dulu-dulu yang mampu melahirkan ramai anak.

“Perempuan moden tak rasa tercabar ke dengan perempuan dulu-dulu yang beranak 13 orang? Perempuan moden anak baru dua, dah menggelupur terjelir nak mati, hampir depression.

“Bukan ke korang lebih hebat, empowered dan educated berbanding perempuan dulu-dulu.

“Sepatutnya perempuan-perempuan moden ini tercabar dengan perempuan dulu-dulu yang legendary membesarkan anak-anak ramai. Jadikan contoh dan inspirasi. Tapi last-last tercabar dengan tweet Ibjela je. LOL. Lemah!” tulisnya.

Namun, kenyataan ini telah mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.

Seorang netizen berpendapat, perempuan yang berpendidikan memahami bahawa mereka mungkin tidak mampu menjaga atau menyara anak yang ramai.

“Educated la memahami yang dia tidak mampu menjaga atau menyara anak ramai dan bukannya buat anak membabi buta.” – Netizen.

Tetapi pendapat itu disangah oleh lelaki berkenaan yang menegaskan pendapat sedemikian adalah syirik.

“Educated yang sebenar adalah, tahu kita tak mampu apa-apa pun, melainkan apa yang Allah izinkan.

“Kita cakap duit, kerjaya, gaji, perancangan kewangan kita yang bagi makan anak-anak, padahal Allah yang jamin rezeki mereka dan kita. Dah syirik dah situ,” tulisnya.

Semakan lanjut di ruangan balas ciapan tersebut, ajoriti netizen tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Malah, ada yang mengesyaki lelaki berkenaan sengaja membuat ciapan tersebut untuk mendapatkan perhatian ramai.

Sumber: X

Total
0
Shares
Total
0
Share