Perbelanjaan Cik B bulan Julai cecah RM1 juta, netizen mula minta izin DSV lock Cik B - The Reporter

Perbelanjaan Cik B bulan Julai cecah RM1 juta, netizen mula minta izin DSV lock Cik B

Telatah mereka sekeluarga sering menjadi perhatian apatah lagi dengan lawak bersahaja dari Datuk Seri Vida (DSV) dan anak-anaknya Cik B dan Kacak.

Satu perkongsian video yang dimuat naik DSV menarik perhatian ramai. Menerusi video berkenaan, anak-anak DSV menunjukkan perbelanjaan bulanan mereka.

https://www.tiktok.com/@datoserividaofficial/video/7314224873147026689?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7311865432229676562

Ramai yang terkejut apabila mendapati perbelanjaan Cik B pada Julai lalu mencecah sejuta ringgit. Pada bulan November pula, perbelanjaannya berjumlah RM23,458.

DSV turut terkejut dengan perbelanjaan yang dihabiskan oleh anaknya.

“Takutnya, apa yang dibeli sampai sejuta?” soalnya.

Bagaimanapun, Kacak tidak mendedahkan perbelanjaannya sebaliknya menyatakan dia lebih suka menyimpan wang.

Kedua-dua adik beradik itu juga menayangkan jumlah tertera pada baki akaun bank mereka yang sudah berbaki kurang daripada RM100.

Rata-rata netizen mula menyusun ayat untuk mengambil hati Cik B dan Kacak.

Sumber: Qu Puteh Barulah Puteh

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!