Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jepun merupakan sebuah negara yang terkenal dengan budaya dan disiplin yang tinggi. Negara matahari terbit itu cukup menitikberatkan aspek disiplin dalam segala hal.
Bagaimanapun, perkongsian daripada wanita ini mengenai pelancong dari Malaysia yang berkunjung ke sana dilihat tidak berdisiplin selain sukar menghormati undang-undang negara luar.
Tindakan pelancong Malaysia itu telah tular di dalam media Jepun dan mengundang kemarahan rakyat Jepun. Kejadian terjadi berhampiran Matsumoto Castle, Aichi prefecture.
Menerusi perkongsian itu, sekumpulan wanita dari Malaysia dikatakan telah memarkir kereta bukan pada ruangan kosong parkir dan telah menghadang laluan beberapa buah kereta.

“Ini parking berbayar yang dah ada space utk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat macam ni sampai menyusahkan orang ya,” tulisnya.
Bila sahaja empunya kereta di depan mereka mahu keluar, dia terpaksa menunggu sekumpulan wanita ini.
“Jarak antara dua kereta dalam 2 jari je. Owner cakap Malaysian ni asyik suruh dia ke belakangkan kereta dia baru la dia boleh keluar siap minta kunci kereta kalau tak yakin,” katanya.
Kongsinya lagi, setelah tiga jam baru dapat diselesaikan.
“Last sekali kena panggil servis jack kereta. 3 jam baru dapat settle semua,” katanya.
Cara memarkir kereta itu juga telah menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat Jepun. Kata pemandu wanita berkenaan, dia hanya mengundur, kedepan dan melakukannya beberapa kali sehingga dapat memarkir di kawasan tersebut.
Kejadian berkenaan juga katanya telah mmeberikan kesan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di sana.
Sumber: Superpja








