'Penyewa dari neraka' - Sewa Axia untuk punggah sawit sampai jahanam kereta | The Reporter

‘Penyewa dari neraka’ – Sewa Axia untuk punggah sawit sampai jahanam kereta

Penyewa dari neraka
Sumber gambar: Salvisteh Sal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengusaha kereta sewa di Sabah mendedahkan insiden menyedihkan apabila kenderaannya mengalami kerosakan teruk akibat tindakan tidak bertanggungjawab penyewa. Kejadian itu dikongsikan oleh Salvisteh Sal melalui hantaran di Facebook miliknya.

Menurut Salvisteh, kereta jenis Perodua Axia miliknya dipulangkan dalam keadaan rosak, termasuk kesan perlanggaran, tayar yang sudah haus (botak), bampar pecah, bahagian dalaman yang kotor, dan lampu indikator amaran enjin yang menyala.

“Inilah (hasil kerja) penyewa kereta. Kita sudah bagi sewa untuk kemudahan mereka. Tetapi ini pula yang mereka buat. Tengoklah apa yang penyewa sudah buat pada kereta ini. Mereka tidak mahu bertanggungjawab dan tinggalkan kereta begitu sahaja. Habis rosak kereta.

“Semasa ambil kereta pun, penyewa tiada dan telah melarikan diri. Sudah cuba berbincang dengan penyewa, tetapi nombor saya terus disekat dan dia enggan membayar ganti rugi. Laporan polis sudah dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketika memeriksa bahagian bonet, Salvisteh mendakwa dia menemui sabit, tombak, dan parang yang dipercayai digunakan untuk aktiviti memunggah buah sawit.

Salvisteh turut berkongsi kejadian itu di Facebook Group kereta sewa tempatan sebagai peringatan kepada rakan-rakan yang menjalankan perkhidmatan kereta sewa agar berhati-hati dengan penyewa terbabit.

Related Posts