Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu yang mengaku minum sebotol bir | The Reporter

Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu yang mengaku minum sebotol bir

Foto Harian Metro (Ihsan Polis)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza, yang berlaku di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, berdekatan Batang Kali, jam 6.58 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, siasatan awal menunjukkan pemandu berusia 54 tahun itu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, cuba memotong kenderaan di hadapan. Namun gagal dan melanggar dua motosikal mangsa yang berada di laluan bertentangan.

Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z berusia 57 tahun maut di lokasi kejadian. Penunggang motosikal Honda RS berusia 53 tahun pula dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Ketika disoal siasat, pemandu terbabit mengaku mengambil minuman beralkohol, bir. Polis kini sedang menunggu keputusan laporan toksikologi bagi mengetahui tahap alkohol dalam darah suspek.

Suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Posts