Penjual jagung tulis nota rasis dikecam netizen - The Reporter

Penjual jagung tulis nota rasis dikecam netizen

Nota rasis penjual jagung mencetuskan kecaman netizen.
Penjual jagung tular selepas tulis nota berbaur perkauman, netizen kecam dan menteri beri teguran.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan seorang penjual jagung bakar yang meletakkan nota berbaur perkauman di gerainya mencetuskan kemarahan ramai selepas gambarnya tular di media sosial.

Individu yang mula membangkitkan isu ini, Chandrakumanan Arumugam, meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penjual terbabit yang disifatkannya sebagai mencerminkan pemikiran yang rendah serta mengancam keharmonian negara.

“Segelintir manusia yang cari naska untuk hidup tetapi sesak tujuhala, biar pencipta alam semesta, Tuhan Yang Esa menilai sifat pemikiran rendah manusia ini.

“Malaysia sudah Merdeka 67 tahun, tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak akan hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Ingat perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan yang baik di antara satu sama lain,” tulisnya di Facebook.

Hantaran itu dibuat susulan penularan gambar nota bertulisan tangan di sebuah gerai jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, Selangor, yang menyatakan, “Sorry, ini jagung tiada jual sama orang ke****”.

Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, yang menegaskan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian kaum tidak boleh diterima serta dikompromi.

“Tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini adalah tidak boleh diterima dan dikompromi.

“Wajib diberikan noktah kepada perbuatan seperti ini. Mohon semua junjung Rukun Negara sebagai amalan hidup terutamanya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.

“Kita seharusnya terus memupuk semangat saling menghormati dan memahami di kalangan rakyat,” katanya menerusi ciapan di X.

Aaron turut menyeru masyarakat agar mengutamakan perpaduan dengan menghormati kepelbagaian yang wujud dalam negara ini.

Total
0
Shares
Total
0
Share