Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penggunaan sarung tangan dalam industri makanan adalah dibolehkan, tetapi tidak disarankan menggunakan sarung tangan yang sama berulang kali untuk menyentuh makanan, perkakasan, atau apa-apa yang boleh menyebabkan risiko pencemaran.
Seorang peniaga kek baru-baru ini ditegur oleh netizen, Mazu Aida Abd, yang menyarankan agar menggunakan sarung tangan baru atau alat pengepit setiap kali menyentuh makanan seperti kek dan keju.
“Nampak sedap kek tu. Maaf cuma nak tegur sarung tangan hitam tu sis. Semua benda dipegang dengan menggunakan sarung tangan yang sama. Boleh tukar sarung tangan baru untuk ambil kek dan cheese atau guna pengepit. Maaf ye,” tulis Mazu.
Namun, peniaga berkenaan kemudian membalas teguran itu dengan membuat video yang menunjukkan dirinya kerap menukar sarung tangan setiap kali menyentuh peralatan dan bahan makanan. Video itu turut memperlihatkan timbunan sarung tangan terpakai di atas meja, seolah-olah ingin menggambarkan bahawa teguran tersebut menyusahkan peniaga seperti dirinya.
Tindakan peniaga membuat video balas itu mengundang kritikan daripada netizen. Ramai yang berpendapat bahawa video itu tidak profesional dan hanya akan memberi kesan buruk kepada perniagaannya.
“Kenapa dia buat video bangang perli balik? Dia tak tahu ke video ini boleh backfire sales dia balik nanti,” komen seorang pengguna X.
Netizen lain turut menegaskan, teguran yang diberikan adalah berasas dan bertujuan baik dan tidak sepatutnya dibalas dengan video seperti itu.
“Level perli balik ni lain macam eh, orang tegur sebab benda betul. Kalau pergi kursus, kira benda basic je ni. Boikot nanti kata tak support peniaga Melayu,” tulis seorang lagi netizen lain.
Selain itu, ada juga yang menyarankan supaya peniaga berkenaan menggunakan tangan yang sentiasa dibasuh dengan betul, berbanding bergantung kepada penggunaan sarung tangan.
“Sebenarnya tangan yang dibasuh dengan bersih lebih memenuhi syarat hygiene daripada guna glove. Janji basuh bersih-bersih tangan tu,” katanya.
Sumber: X mhmmdhsm








