Peniaga ditahan serang NGO di Selayang | The Reporter

Peniaga ditahan serang NGO di Selayang

Peniaga ditahan selepas didapati menyerang aktivis Surplus.
Gambar: Tangkap layar video FB Surplus

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular di media sosial rakaman video seorang lelaki yang dipercayai merupakan seorang peniaga melakukan provokasi terhadap beberapa anggota badan bukan kerajaan (NGO) Surplus ketika menjalankan tinjauan awam di Pusat Bandar Utara Selayang.

Lelaki berkenaan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap NGO berkenaan serta menuduh mereka dihantar oleh pihak-pihak tertentu untuk mengacau peniaga-peniaga di sana. Ketika sesi siaran langsung dibuat juga, lelaki itu juga dilihat membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal dengan kuat.

Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, kejadian kira-kira jam 10 pagi ketika pengadu bersama beberapa anggota NGO SurPlus menjalankan tinjauan awam secara aman di lokasi.

Baca juga:

Siaran langsung di TikTok itu jelasnya dibuat oleh NGO berkenaan bagi menyuarakan isu kepentingan rakyat dan mendekati masyarakat setempat dalam bentuk penyampaian maklumat.

“Seorang lelaki menaiki motosikal datang mengganggu dengan membuat bunyi bising menggunakan ekzos secara sengaja serta mengeluarkan kata kata kesat, ejekan dan fitnah terhadap aktiviti pengadu.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menghampiri rakan pengadu, menyoal ‘kenapa kamu rakam video?’ sebelum menolak badan rakan pengadu dan cuba menumbuknya di hadapan orang ramai,” katanya

Menurut beliau, tindakan suspek telah mencetuskan suasana cemas dan ketakutan kepada aktivis serta orang awam. Serangan tersebut berlaku tanpa sebarang provokasi daripada pengadu atau orang awam yang berada di lokasi.

Tambahnya,satu aduan berkaitan kejadian itu diterima pada jam 6.44 petang semalam. Susulan laporan tersebut, seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Suspek yang merupakan seorang peniaga ditahan di Kompleks Pasar Borong, Pusat Bandar Utara.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah serta tiga rekod berkaitan kes dadah,” katanya.

Sumber: Berita Harian, FB Surplus

Related Posts