Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kejujuran dalam berniaga bukan sekadar prinsip, tetapi kunci kepada keberkatan dan kepuasan pelanggan. Seorang peniaga ayam di Changloon telah menarik perhatian ramai apabila memilih untuk mengamalkan cara jualan yang berbeza – ayam dipotong dahulu, kemudian barulah ditimbang dan dibayar mengikut berat sebenar yang boleh dimakan.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fauzie, yang menceritakan pengalaman berurusan dengan peniaga berkenaan.
Apabila ditanya mengapa beliau memilih kaedah ini, peniaga itu menjawab dengan penuh keikhlasan bahawa dia mahukan keberkatan dalam keuntungan perniagaan.
“Kepala ayam orang tak makan. Isi dalam perut ayam, bahan yang belum dicerna, orang tak ambil dan makan. Maka yang benar-benar terjual kepada pembeli adalah bahagian yang boleh dimakan manusia. Itu yang ditimbang,” kata peniaga tersebut.
Menurut Mohd Fauzie, peniaga itu mungkin tidak sekaya peniaga ayam di Kuala Lumpur, tetapi dia kaya dengan kejujuran. Dia berharap agar sikap ini menjadi contoh kepada peniaga lain, bukan sahaja dalam perniagaan ayam, tetapi juga dalam jualan durian, ikan dan pelbagai barangan lain.
Fauzie turut memaklumkan bahawa peniaga ayam tersebut berniaga di Ladang Rakyat, Bukit Kayu Hitam.
Kejujuran peniaga ini mendapat pujian ramai, dengan banyak pihak menghargai sikap telus yang diamalkannya dalam perniagaan.
‘Dua-dua tak salah’

‘Semoga murah rezeki pakcik ini’









