Pengusaha stesen minyak berdepan denda RM1 juta kerana jual petrol RON95 kepada warga asing - The Reporter

Pengusaha stesen minyak berdepan denda RM1 juta kerana jual petrol RON95 kepada warga asing

Foto yang tular di media sosial.

16 Jun 2024, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah mengesan rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dari Singapura mengisi minyak petrol bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Alor Gajah.

Perbuatan lelaki itu yang jelas tidak bertanggungjawab telah mencetus pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya telah melakukan serbuan ke stesen minyak tersebut. Hasil siasatan menunjukkan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha premis tersebut.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pada jam 4.35 petang, Ahad, lelaki Singapura itu didapati membayar RM23.17 melalui transaksi ‘outdoor payment terminal’ (OTP) untuk membeli minyak RON95.

Perbuatan itu melanggar Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, dan menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 21(1).

Pengusaha stesen minyak tersebut kini berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!