Pengusaha kantin sekolah dikecam, jual mee goreng RM3 dengan hidangan 'Ciput' | The Reporter

Pengusaha kantin sekolah dikecam, jual mee goreng RM3 dengan hidangan ‘Ciput’

kantin sekolah harga makanan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, tular di platform media sosial apabila seorang ibu berkongsi mengenai makanan yang dijual di kantin sekolah rendah anaknya di Lembah Klang. Wanita itu mempersoalkan harga RM3 yang dikenakan untuk hidangan mee goreng dan kuey teow goreng dengan saiz hidangan yang sangat kecil.

Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan makanan yang dijual langsung tidak mengandungi protein, hanya sekadar mee dan kuey teow kosong. Wanita tersebut pada awalnya tidak mengambil berat kerana anaknya membawa bekal setiap hari, tetapi dia meluahkan rasa simpati terhadap murid-murid lain yang mungkin tiada pilihan lain.

“Menu kat kantin sekolah anak I RM3 macam ni. Memula tak rasa apa sebab anak I memang bawa bekal hari-hari. Tapi tefikir pulak anak orang lain, kesian pulak. Imo tak setimpal la portion dengan harga. Ke uols rasa ok? Warung biasa I breakfast RM3 pun meriah jugak,” tulis wanita itu.

Netizen desak ambil tindakan

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ramai yang mengecam tindakan pengusaha kantin, menganggap harga RM3 tersebut tidak berpatutan untuk saiz hidangan yang diberikan. Malah, ada yang menggesa pihak sekolah untuk segera menyiasat dan memastikan makanan yang dijual lebih berpatutan serta berkhasiat.

Seorang pengguna media sosial menulis, “Bawa gambar ni masa mesyuarat PIBG. Guru penyelaras kantin dan pihak pentadbiran perlu bersemuka terus dengan pengusaha kantin.”

Netizen lain turut meluahkan rasa kecewa, “RM3 patut ada protein. Tapi sekarang portion kecil, tak ada protein, tapi harga RM3. Tak masuk akal.”

Ada juga yang mencadangkan tindakan lebih tegas, seperti melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa.

“Sis, tolong lapor sekarang sebelum saya sendiri yang buat laporan. Makanan macam ni harga patut RM1.50 je.”

Related Posts