Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
PHUKET, THAILAND – Seorang pengendali bagasi di sebuah lapangan terbang di negara itu, Abdullah Hayee Mayeh, 27, ditahan selepas tindakannya mencuri sebuah speaker bluetooh dalam bagasi penumpang dirakam.
Selepas polis menunjukkan video itu kepada Abdullah, akhirnya dia mengaku dan memulangkan speaker berkenaan kepada pihak jabatan perkhidmatan awam lapangan terbang berkenaan agar dapat dipulangkan kepada pemiliknya.
Sementara itu di laman Facebook group Backpackers Buddies Malaysia, netizen menyarankan orang ramai berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Mahu atau tidak, bagasi besar atau kecil, bungkuskan saja dengan plastik strap tu. Biar rugi RM10+ asalkan barang kita selamat. Paling tidak pun, kunci penutup zip dengan selak manga kecil.
“Selain itu juga, penggunaan strap ini boleh mengelak individu yang tidak bertanggungjawab seperti itu memasuki barang-barang yang berbahaya seperti dadah ke dalam bagasi. Kalau tak, tak pasal-pasal jadi keldai dadah,” kata netien.











