Pengawal pengiring kenamaan mengaku bersalah menumbuk pemandu e-hailing OKU, didenda RM1,000 | The Reporter

Pengawal pengiring kenamaan mengaku bersalah menumbuk pemandu e-hailing OKU, didenda RM1,000

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas seorang pengawal pengiring kenamaan selepas mengaku bersalah menumbuk seorang pemandu e-hailing yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Mengikut pertuduhan, Muhammad Taufik Ismail, 32, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ong Ing Keong, 47, di hadapan lobi sebuah hotel di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 28 Mei lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Razali Che Ani memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kes ini tular di media sosial dan mendapat liputan meluas oleh pihak media.

Bagaimanapun, peguam A Ashok yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya bertugas anggota polis berpangkat Lans Koperal dan sudah berkhidmat selama sembilan tahun dalam PDRM dengan rekod bersih.

Katanya, tertuduh yang juga anak sulung kini menanggung dan menjaga bapanya yang sakit akibat strok dan tidak boleh berjalan manakala ibunya juga mengalami masalah kesihatan darah tinggi.

Terdahulu, PDRM membuka kertas siasatan terhadap seorang pegawai pengiring kepada VVIP, atas dakwaan memukul seorang lelaki OKU bisu dan pekak di sebuah hotel dekat KL Sentral.

Susulan insiden berkenaan, laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat bengkak di bahagian muka sebelah kanan pengadu.

Sumber: Berita Harian

Related Posts