Pengasas KK Mart & isteri mengaku tidak bersalah, jual stoking bercetak kalimah 'Allah' | The Reporter

Pengasas KK Mart & isteri mengaku tidak bersalah, jual stoking bercetak kalimah ‘Allah’

Foto: NSTP – Asyraf Hamzah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjual stoking yang bercetak kalimah ‘Allah’.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pasangan suami isteri itu antara lima individu didakwa berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan di sini hari ini.

Turut didakwa di mahkamah sama adalah pemilik syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat di mana syarikat itu menjadi pembekal stoking berkenaan serta dua lagi dari syarikat itu, Goh Li Huay dan Soh Hui San yang turut tidak mengaku bersalah.

Kelima-lima mereka dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang.

Selain individu terbabit, pihak pendakwaan turut mendakwa KK Mart dan Xin Jiang Chang sebagai entiti dalam kes itu.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Masri Mohd Daud, Khairul Azreem Mamat, Ku Hayati Ku Haron, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Mohd Azhar.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung isu tersebut yang telah mengundang kemarahan umat Islam.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts