Penganjur majlis makan malam di Tanah Merah didenda RM10,000 kerana tarian tidak senonoh - The Reporter

Penganjur majlis makan malam di Tanah Merah didenda RM10,000 kerana tarian tidak senonoh

Majlis makan malam Tanah Merah
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Padah menganjurkan majlis makan malam dengan tarian tidak senonoh, sebuah syarikat perlombongan emas di Tanah Merah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, berkata tindakan dikenakan mengikut Seksyen 6 Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 1998, dan denda tersebut telah dibayar oleh penganjur kepada MDTM semalam.

Penganjur juga telah menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan atas kesalahan tersebut. Penganjur bersetuju untuk berbincang dengan pihak berkuasa sebelum menganjurkan sebarang acara pada masa akan datang bagi memastikan pematuhan kepada peraturan.

Bermula 1 Januari tahun depan, denda bagi kesalahan sedemikian akan dinaikkan kepada RM50,000. Langkah tersebut adalah hasil kelulusan Dewan Undangan Negeri terhadap kemas kini Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan, yang akan memperkenalkan peraturan dan pelesenan yang lebih ketat.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Kelantan telah membuka kertas siasatan terhadap majlis makan malam tersebut. Malah, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat kerana dewan sekolahnya digunakan sebagai lokasi acara yang melanggar peraturan negeri.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!