Sebuah restoran makanan Timur Tengah di Lebuh Chulia menerima notis penutupan selama 14 hari selepas penemuan najis tikus di dalam stor bahagian penyimpanan makanan.

Pemeriksaan yang dikendalikan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut mendapati berlaku pencemaran silang, dimana bahan makanan di alas dengan kertas bercetak selain makanan mentah dan siap dimasak disimpan bersama.

Menurut Pengarah Jabatan Pelesenan MBPP, M Bawani, penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari itu bagi kerja pembersihan.
“Tahap kebersihan dapur iaitu di tempat memasak amat tidak memuaskan, selain telur dan makanan lain makanan diletak bersama cat serta bahan pencuci,” katanya
Bawani berkata, pihak pengurusan premis juga gagal menunjukkan Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid.
Dua premis lain turut diberikan notis
Dalam pada itu, dua lagi premis nasi kandar dan restoran masakan India di Pulau Tikus juga menerima notis penutupan selama 14 hari berikutan penemuan najis tikus di dapur juga.
Bagaimanapun, dua premis terbabit sudah menerima beberapa kompaun sebelum ini, namun keadaan masih sama.
Sumber: Malaysia Gazette








