Penduduk Singapura tidak puas hati dengan pelaksanaan VEP, dakwa sistem menyusahkan | The Reporter

Penduduk Singapura tidak puas hati dengan pelaksanaan VEP, dakwa sistem menyusahkan

Permit Masuk Kenderaan VEP
Sumber gambar: ROADS.sg

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak 1 Oktober lalu disambut baik oleh rakyat Malaysia, terutamanya dalam usaha memastikan setiap kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya di negara ini. VEP adalah permit yang diwajibkan kepada semua kenderaan asing dari Singapura yang memasuki Malaysia melalui sempadan darat di Johor.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sistem ini bertujuan untuk memantau dan mengesan kenderaan asing yang melanggar peraturan, sekaligus mengurangkan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh kenderaan luar.

Baru-baru ini, laman Facebook ROADS.sg berkongsi satu gambar yang menunjukkan cara tag RFID VEP berfungsi. Dalam hantaran tersebut, kelihatan sebuah kenderaan dari Singapura dikenakan denda apabila papan kenyataan LED memaparkan saman tertunggak daripada pihak PDRM.

“Ya, pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan dari Singapura dengan tag RFID memang berfungsi untuk menjejaki saman trafik anda yang belum dijelaskan.”

Namun, ada sesetengah penduduk Singapura tidak berpuas hati dengan pelaksanaan ini. Mereka mendakwa sistem VEP menyusahkan mereka yang ingin memasuki Malaysia, apatah lagi mereka yang mempunyai urusan kerap di sini. Beberapa individu turut berpendapat, pelaksanaan VEP ini akan mengurangkan pengunjung dari Singapura, akibat peraturan baharu ini.

Selain itu, ada yang mencadangkan agar pihak berkuasa di Singapura turut memperkenalkan peraturan yang sama kepada kenderaan asing yang memasuki negara mereka.

‘Patut buat benda yang sama terhadap kenderaan dari Malaysia’

‘Kereta orang Malaysia pun banyak saman di Singapura’

Setakat Jun 2024, terdapat 35,011 saman tertunggak melibatkan kenderaan dari Singapura dengan nilai keseluruhan mencecah RM3.5 juta, melibatkan pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu merah, dan memotong di garisan berkembar.

Related Posts