'Pendosa ingin ke syurga' - Lelaki bantu rakan 'istimewa' bersihkan diri raih pujian | The Reporter

‘Pendosa ingin ke syurga’ – Lelaki bantu rakan ‘istimewa’ bersihkan diri raih pujian

Lelaki OKU Mental
Sumber Gambar: FB Tangkap Layar FB Shidie Motor

Lelaki ini meraih pujian ramai apabila membantu rakannya yang dipercayai lelaki orang kurang upaya (OKU) mental membersihkan diri.

Menerusi perkongsian video di Facebook, Shidie memandikan rakannya yang dikenali sebagai Shukor dan membawa ke kedai gunting rambut.

Ujar Shidie, peluang itu ditunggu-tunggu olehnya kerana akhirnya berjaya memujuk sahabat istimewanya itu.

“Aku tidak risau tentang susah, kerana aku yakin Allah Maha Kaya.

“Allahuakbar, diberi peluang lagi untuk jumpa sahabat insan istimewa. Puas pujuk untuk bersihkan diri, makan dan bersiap semula seperti normal.

“Amat sedih apa yang terjadi pada kau dan kehidupan. Nescaya kau bukan tak waras, dan kau masih waras, cuma nasib dan ujian kita berbeza,” tulisnya.

Difahamkan, gara-gara putus tunang dan juga kematian ibunya menyebabkan Shukor kini bergelar insan istimewa.

Shidie juga menyatakan Shukor tidak mampu bercakap normal, hanya mengangguk dan menggelengkan kepala serta hanya mengenali orang tertentu.

Rata-rata netizen tersentuh hati dengan keihklasan Shidie dalam membantu rakannya dan berterima kasih atas usaha yang dibuat oleh Shidie.

Related Posts