Sarawak luluskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES), manfaat anak Sarawak mulai 2026 | The Reporter

Sarawak luluskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES), manfaat anak Sarawak mulai 2026

Skim pendidikan tinggi percuma Sarawak
FTES terbuka kepada pelajar baharu dan juga pelajar sedia ada bermula tahun 2026. Sumber Gambar: asiakingtravel

Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan cadangan pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) dalam Mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 20 Mac 2025.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), skim ini dijangka bermula pada tahun 2026 dan terbuka kepada semua rakyat Sarawak.

“Beberapa institusi pengajian tinggi milik Sarawak akan terlibat dalam pelaksanaan skim ini, termasuk Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University of Malaysia, University Technology of Sarawak dan i-CATS University College.

“Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan pula merangkumi beberapa bidang pengajian utama, iaitu STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik), Undang-Undang, Perubatan, Perakaunan dan Kewangan,” katanya.

Melalui skim ini, yuran pengajian akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Selain itu, pelajar dari isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah juga layak menerima elaun sebanyak RM15,000 setahun.

FTES terbuka kepada pelajar baharu dan juga pelajar sedia ada bermula tahun 2026.

Pelaksanaan skim ini mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memperkasa pendidikan tinggi serta menyediakan akses pembelajaran yang lebih inklusif kepada rakyat negeri ini.

Related Posts