Pencuri ditahan, ketika sedang leka membaca buku di rumah mangsanya | The Reporter

Pencuri ditahan, ketika sedang leka membaca buku di rumah mangsanya

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


ROM, ITALI – Seorang pencuri ditangkap setelah berhenti untuk membaca sebuah buku tentang mitologi Yunani, ketika sedang mencuri rumah mangsanya.

Suspek berusia 38 tahun itu dipercayai berjaya memecah masuk rumah mangsa melalui balkoni. Namun, hasratnya terbantut selepas ternampak sebuah buku di meja kecil di sebelah katil.

Pemilik rumah berusia 71 tahun kemudian terbangun dan berdepan dengan pencuri yang ketika itu sedang asyik membaca buku tersebut.

Dia kemudian cuba melarikan diri melalui balkoni yang sama, tetapi gagal apabila dia berjaya ditahan polis. Suspek mengaku dia telah memanjat bangunan tersebut untuk bertemu dengan seorang individu yang dikenalinya.

“Saya ingat dah sampai ke tingkat yang sepatutnya. Kemudian saya ternampak buku itu dan mula membacanya,” jelas suspek.

Turut ditemui dalam beg, pakaian berjenama yang disyaki dicuri dari rumah penduduk berdekatan.

Berita tentang kes ini menarik perhatian penulis buku The Gods at Six O’Clock, Giovanni Nucci, yang memaklumkan dia mahu mengirimkan senaskah buku itu kepada lelaki itu agar dia dapat menyelesaikan bacaannya.

Related Posts