Pencahayaan hijau di Menara KL, tanda masuknya Maghrib & Isyak | The Reporter

Pencahayaan hijau di Menara KL, tanda masuknya Maghrib & Isyak

FB Menara KL

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menara Kuala Lumpur (KL) akan disinari dengan pancaran cahaya hijau sebagai tanda masuknya waktu Maghrib dan Isyak.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Nazli Saad, menjelaskan bahawa inisiatif ini tercetus secara spontan hasil kerjasama dengan Media Prima Berhad sempena pelancaran video rakaman azan terbaharu.

“Terinspirasi daripada kerjasama tersebut, Menara KL memperkenalkan pencahayaan hijau ini sebagai tanda peringatan masuknya waktu solat. Usaha ini juga bertujuan mendekatkan Menara KL dengan komuniti setempat,” katanya.

Nazli turut menambah bahawa kerjasama dengan rakan media mencerminkan komitmen bersama dalam mempromosikan nilai-nilai positif serta memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat.

“Pencahayaan hijau ini adalah simbol yang sederhana tetapi bermakna, yang diharap dapat memberi inspirasi kepada refleksi diri serta menggalakkan kebersamaan dalam kalangan komuniti.

“Inisiatif ini memperkukuhkan dedikasi Menara KL dalam menyumbang kepada masyarakat melalui sokongan terhadap program-program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” ujarnya.

Bagi tahun ini, Menara KL telah merancang beberapa program bersama masyarakat, termasuk Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan dan Syawal, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2025, serta Sesi Iftar Dari Dapur TEMU bersama anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan sepanjang Ramadan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts