Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selepas berkahwin, ramai individu, sama ada lelaki atau perempuan, cenderung untuk mengurangkan aktiviti yang mereka lakukan semasa bujang. Ini mungkin disebabkan oleh tanggungjawab baru dalam rumah tangga dan keperluan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan.
Namun, terdapat juga individu yang terus mengekalkan rutin lama mereka, seperti keluar bersama rakan-rakan atau hobi tertentu. Keadaan ini boleh menjadi punca perselisihan faham dalam rumah tangga, kerana pasangan mungkin merasa diabaikan atau tidak dihargai.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap suami yang kerap bermain permainan Mobile Legend dengan rakan wanita. Walaupun telah ditegur, lelaki itu membalas dia hanya sekadar bermain game, bukannya menggatal.
“Sedihlah husband I ni kerap betul main game Mobile Legend dengan colleague perempuan dia dan diorang on mic. I dah berbuih mulut cakap yang I terasa dan tak suka dia main berdua on mic,” katanya.
Malangnya si suami bagaikan lebih mengutamakan perasaan rakannya berbanding isteri. Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab lelaki itu, pengadu meminta pandangan orang ramai untuk menangani masalah tersebut.
“Tetapi dia beri alasan dia hanya main game je pun, bukannya menggatal. Penatlah sebab rasa disrespected gile. Patut ke aku sound perempuan tu?” katanya.
Bagi netizen, kebanyakkan kes rumah tangga berantakan bermula dari alasan ‘kawan’ yang berakhir dengan terjalinnya hubungan istimewa tanpa keizinan pasangan yang sah.
‘Tegur suami dan minta berhenti main ML’

‘Jangan pandang ringan kalau isteri dah mula cemburu’

‘Anon kena main ML dengan lelaki lain, turn on mic’

Sumber: X Mein Mokhtar








