Pemuda UMNO desak keluar Kerajaan Perpaduan, dakwa maruah Melayu-Islam dicabuli | The Reporter

Pemuda UMNO desak keluar Kerajaan Perpaduan, dakwa maruah Melayu-Islam dicabuli

Pemuda UMNO desak keluar Kerajaan Perpaduan, UMNO sedia jadi pembangkang bermaruah
Pemuda UMNO menegaskan parti itu lebih rela menjadi pembangkang bermaruah berbanding kekal dalam Kerajaan Perpaduan jika prinsip Melayu-Islam tidak dihormati. | Sumber gambar: UMNO Online

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan UMNO lebih bersedia memilih laluan sebagai pembangkang yang bermaruah, berwibawa dan berprinsip berbanding terus berada dalam kerajaan yang didakwa gagal menghormati garis perjuangan parti. Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh, berkata maruah dan harga diri parti tidak boleh dikompromi demi kedudukan dalam pentadbiran.

Menurut beliau, UMNO tidak wajar terus kekal dalam sebuah kerajaan sekiranya prinsip asas, khususnya berkaitan orang Melayu dan Islam, tidak lagi dihormati. Katanya, Pemuda UMNO sejak awal sudah memberi peringatan bahawa pelanggaran ‘garis merah’ akan mengundang penentangan terbuka daripada sayap pemuda parti itu.

Baca juga:

Bukan sekadar pelengkap angka

Akmal menegaskan UMNO bukan sekadar parti yang melengkapkan angka dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya telah menyumbang secara aktif kepada pentadbiran negara sepanjang tempoh kerjasama itu. Malah, katanya, prestasi menteri-menteri UMNO turut diakui antara yang paling berkesan dalam kerajaan.

Namun, beliau menegaskan sumbangan itu tidak bermakna sekiranya maruah parti terpaksa digadai. Katanya, UMNO tidak gentar untuk berada di luar kerajaan sekiranya prinsip kerjasama mula dicabuli dan garis perjuangan tidak lagi dihormati oleh rakan komponen.

Tolak jalan belakang, mahu mandat rakyat

Dalam pada itu, Akmal menegaskan Pemuda UMNO menolak sebarang usaha ‘tebuk atap’ atau cubaan menjatuhkan kerajaan melalui helah politik. Katanya, UMNO tidak mahu merampas kuasa melalui jalan belakang, sebaliknya mahu kembali berkuasa dengan mandat jelas daripada rakyat.

Beliau mengingatkan bahawa sejarah UMNO tidak pernah mencatatkan kejatuhan kerana kekalahan pilihan raya, sebaliknya parti itu hanya akan musnah jika tunduk tanpa mempertahankan maruah dan prinsip perjuangan.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts