Pemuda ditahan selepas pukul kepala lelaki yang meraba dada teman wanitanya - The Reporter

Pemuda ditahan selepas pukul kepala lelaki yang meraba dada teman wanitanya

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Makassar, Indonesia – Seorang lelaki ditahan polis setelah terlibat dalam kes pergaduhan yang menyebabkan lelaki berusia 49 tahun meninggal dunia.

Lapor media tempatan, pergaduhan itu berpunca daripada mangsa yang didakwa memegang dada seorang wanita yang merupakan kekasih suspek.

Deputi Superintendan Nurhaeni berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad 15 September lalu sekitar jam 1 tengah hari di sebuah kafe.

Ketika itu, suspek datang menjemput teman wanitanya yang bekerja di kafe tersebut. Ketika wanita berkenaan berjalan menuju ke arah suspek, mangsa secara tiba-tiba memegang dada wanita itu menggunakan tangan kanan.

Hal itu menimbulkan kemarahan suspek yang kemudian datang dan memberi amaran keras untuk jangan berbuat demikian.

“Jangan macam tu bos!”

Ketika mangsa beredar, suspek terus memukulnya mangsa dengan menggunakan tangan kanan. Akibat daripada serangan itu, mangsa terjatuh di kaki lima dan tidak sedarkan diri. Suspek dan teman wanitanya kemudian beredar dari lokasi kejadian tanpa membantu mangsa.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa patah tulang tengkorak dan mengalami pendarahan dalam otak akibat dipukul dengan objek tumpul. Keadaan itu menyebabkan pendarahan serius dan otaknya bengkak mengakibatkan penurunan kadar oksigen ke otak.

Mangsa sempat diberi rawatan di hospital selama lima hari. Namun, pada Khamis 9 September lalu kira-kira jam 1.30 petang, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Ekoran kejadian itu, suspek kini ditahan dan didakwa atas pertuduhan menganiaya sehingga menyebabkan kematian. Suspek berdepan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!