Pempengaruh Siti Jamumall disaman RM1 juta kerana fitnah The Dome BKK? - The Reporter

Pempengaruh Siti Jamumall disaman RM1 juta kerana fitnah The Dome BKK?

Syarikat penyedia lokasi acara, The Dome BBK, menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta daripada pempengaruh media sosial, Siti Jamumall.

Siti Jamumall didakwa telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan memburukkan imej syarikat melalui hantaran di platform media sosialnya.

Menurut pengurus The Dome BBK, Norhafizah Ahmad berkata, penasihat undang-undang yang mewakilinya telah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Siti Jamumall selepas dia memuat naik video yang mendakwa syarikat tersebut terlibat dalam penipuan dan sabotaj.

Jelas Norhafizah, tuntutan ganti rugi sebanyak RM1 juta itu diteruskan kerana nama baik syarikat telah tercemar. Pihaknya turut menuntut agar Siti Jamumall mengeluarkan permohonan maaf dalam tempoh 48 jam setelah menerima LOD di platform media utama atau media sosialnya.

Apabila ditanya mengenai invois sebanyak RM60,000 yang didakwa diterima oleh Siti Jamumall daripada The Dome BBK, Norhafizah berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang invois, apatah lagi menghantar surat sponsor atau menawarkan diskaun untuk majlis perkahwinan pempengaruh tersebut.

Mereka juga tidak pernah berjumpa secara peribadi dengan Siti Jamumall, sebaliknya pempengaruh itu datang dan membuat rakaman tanpa permintaan pihaknya.

Dewan acara/majlis yang dikelola oleh The Dome BKK juga tidak disediakan untuk perkahwinan atau acara secara percuma. Mereka telah melabur modal yang besar untuk menyediakan ruang tersebut.

Invois yang dipertikaikan sebenarnya dikeluarkan oleh D Event Planner, vendor yang mengendalikan acara tersebut. Jumlah akhir dalam invois tersebut adalah sebanyak RM18,400, bukan RM60,000.

Sementara itu, penasihat undang-undang The Dome BBK, Datuk Azar Irwan Arifin berkata, walaupun LOD telah dihantar, tetapi mereka masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Siti Jamumall. .

Siti Jamumall sebelum ini telah berjumpa dengan pengurus acara The Dome BBK untuk mencari tempat bagi melangsungkan majlis perkahwinannya. Namun, selepas beberapa perbincangan dan tawaran diskaun, tiada persetujuan dicapai antara kedua-dua belah pihak dan Siti Jamumall memuat naik video yang memburukkan syarikat tersebut.

Serah kepada peguam

Dalam maklum balas terkini, Siti Jamumall yang berada di luar negara ketika ini, telah menyerahkan urusan berkaitan LOD kepada peguamnya dan menjelas bahawa perkara ini sepatutnya diselesaikan di mahkamah.

“Saya malas nak panjangkan ke media sosial. Takut nanti akan ada kekeliruan. Jadi, biar perkara ini diselesaikan di mahkamah saja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!