YouTuber Mukbang, Nikocado Avocado atau nama sebenarnya, Nicholas Perry, telah menggemparkan jutaan pengikutnya dengan pengumuman penurunan berat badannya yang drastik, iaitu sebanyak 114 kilogram.
Sebelum ini, anda mungkin mengenali Nikocado dari video mukbang-nya di mana dia menelan sejumlah besar makanan yang luar biasa. Tetapi apa yang mengejutkan adalah penurunan berat badannya.
Nikocado mengakui bahawa dia sebenarnya telah melakukan eksperimen sosial terhadap para pengikutnya selama berbulan-bulan.
Dalam video berjudul ‘Two Step Ahead’ yang dimuat naik pada Jumaat lalu, Nikocado menunjukkan badannya yang kurus setelah kehilangan berat badan sebanyak 114 kilogram
Nikocado berkongsi penampilannya yang terkini selepas dia memberhentikan sementarakan usahanya menurunkan berat badan.
Dalam video yang sama, Nikocado memaklumkan dia telah menjalankan eksperimen sosial terbesar dalam hidupnya. Dia menggambarkan interaksi bersama para pengikutnya selama bertahun-tahun bagaikan memantau semut di ladang semut dan mengkritik mereka yang begitu mudah dipengaruhi dan dimanipulasi. – Agensi