Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Projek rel laju bernilai 38 bilion yuan (RM24 bilion) yang menghubungkan Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai sepatutnya siap pada 2024. Namun, rancangan itu tertunda selama dua tahun hanya kerana sebuah rumah milik seorang wanita dikenali sebagai Zhang.
Ketika semua penduduk kampung lain bersetuju berpindah, Zhang tetap berdegil. Rumahnya kekal berdiri di tengah jajaran rel, sehingga pihak berkuasa terpaksa membina jambatan di kedua-dua belah rumah tersebut.
Situasi pelik itu menarik perhatian media tempatan dan antarabangsa, termasuk dilaporkan Oddity Central, sehingga mencetuskan perdebatan hangat di seluruh negara.
Baca juga:
- Disangka cucu, nenek tampar lelaki di kafe siber sebelum sedar tersilap orang
- Tular video remaja Thailand bergelut dengan lelaki Australia di Stesen Epping, Sydney
- Video kembali tular, restoran di Iran enggan terima bayaran pelanggan China
Tuntutan melampau, akhirnya mengalah
Zhang pada awalnya menuntut pampasan 100,000 yuan (RM65,000) semeter persegi sebelum menaikkan lagi jumlah itu kepada 200,000 yuan (RM130,000). Keseluruhannya, dia mahu bayaran lebih AS$14 juta, jauh melebihi kadar pampasan yang ditetapkan kerajaan.

Sebaliknya, tawaran kerajaan kepada Zhang sebenarnya jauh lebih besar berbanding jiran-jiran lain: 5 juta yuan (RM3.3 juta) beserta tiga rumah baharu. Namun, dia tetap menolak kerana menyangka boleh memperoleh pampasan yang lebih tinggi.
Selepas dua tahun berdepan tekanan, liputan media tanpa henti dan masalah kesihatan akibat stres, Zhang akhirnya mengalah. Beliau menerima tawaran kerajaan seperti yang ditetapkan. Dengan itu, rumah paling degil di Jiangsu tidak lagi menghalang laluan projek rel laju bernilai 38 bilion yuan.








