'Awat tak tanam sawit getah sekali?', Video pemilik kondo tanam pokok pisang di balkoni cetus persoalan netizen | The Reporter

‘Awat tak tanam sawit getah sekali?’, Video pemilik kondo tanam pokok pisang di balkoni cetus persoalan netizen

Pokok pisang ditanam di balkoni sebuah unit kondominium tinggi dengan tanaman lain yang menjalar di sekelilingnya.
Pokok pisang yang ditanam di balkoni sebuah kondominium menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen. Gambar: TikTok nasrulhissam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu video tular memaparkan sebuah unit kondominium yang menanam pokok pisang di balkoni kediamannya. Video berkenaan menarik perhatian ramai, sekali gus mencetuskan persoalan bagaimana pihak Jawatankuasa Pengurusan (Joint Management Body, JMB) boleh terlepas pandang terhadap keadaan tersebut.

Turut menjadi persoalan ialah bagaimana pokok berkenaan boleh tumbuh subur walaupun hanya ditanam di tepi balkoni.

Bukan sahaja pokok pisang tersebut menjadikan pemandangan kelihatan serabut, malah terdapat juga tanaman lain yang menjalar dan mengganggu penglihatan.

Individu yang memuat naik video berkenaan secara berseloroh mengatakan semangat bertani tidak mengenal tempat dan lokasi.

“Siapa cakap duduk kondo tak boleh bertani,” tulisnya.

Namun, cetus kebimbangan terhadap aspek keselamatan dan pengurusan bangunan. Ada yang menyatakan bahawa penanaman pokok bersaiz besar seperti pisang boleh memberi tekanan kepada struktur balkoni, di samping risiko jatuhan daun kering, batang, atau serangga perosak kepada unit di bawah.

Bertani di kawasan berkenaan bukanlah satu kesalahan, namun pemilik rumah seharusnya mengenal pasti jenis tanaman yang sesuai serta tidak mengganggu pemandangan atau unit kediaman yang lain.

Related Posts