Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan MADANI akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermula 12 Ogos 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah.
Dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion, seramai 8.6 juta rakyat akan menerima bayaran sehingga RM650 bagi fasa ini. Jumlah ini mencatatkan peningkatan 300,000 penerima berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 Januari lalu.
Kementerian Kewangan memaklumkan, peningkatan tersebut adalah hasil langkah Kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.
“Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan MADANI tidak mengambil enteng amanah untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak, agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara,” kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut menegaskan bahawa STR bukan sekadar bantuan tunai semata-mata, sebaliknya memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan selaras dengan matlamat kesaksamaan ekonomi dalam Ekonomi MADANI.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Pembayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima berdaftar atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bagi pemohon yang namanya tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi dilakukan mengikut kategori kelayakan sebelum dimuktamadkan.








