Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suasana Dewan Rakyat pada Khamis kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda protes selepas gagal menghalang Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 (RUU PK 2025) diluluskan pada bacaan kedua.
RUU berkenaan diluluskan menerusi undian belah bahagi dengan keputusan 125 undi menyokong manakala 63 menolak, demikian menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Dr Noraishah Mydin, umum tarik diri dari PKR
- Ucapan Ramanan dicelah Hassan Karim, cetus ketegangan di Konvensyen PKR Johor
Tindakan keluar dewan itu menyusul selepas perbahasan hangat terutama daripada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang menzahirkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa RUU tersebut tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) Kewangan dan Ekonomi.
“Kami mendengar cakap. Kalau kami boleh mendengar, kenapa tidak di sebelah sana? (kerajaan) Bukan semata-mata tidak menyokong. Kami menolak hari ini kerana perkara ini langsung tidak di bawa dalam mana-mana committee sekalipun.
“Sebelum mengundi, kami dah bawa usul ini. Kalau begini caranya, saya minta semua lulus perkara ni dan kita akan keluar,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
RUU PK 2025 yang dibentangkan kerajaan itu sebelum ini menjadi perhatian kerana melibatkan mekanisme baharu dalam urusan perolehan kerajaan.
Sumber: MalaysiaKini








