Tular video pemandu Singapura selamba isi RON95, ditegur lelaki tempatan | The Reporter

Tular video pemandu Singapura selamba isi RON95, ditegur lelaki tempatan

Seorang lelaki menegur pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang sedang mengisi minyak di stesen petrol.
Tular rakaman lelaki tempatan menegur pemandu Singapura didakwa isi RON95 di stesen minyak Johor.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu kenderaan asing mengisi petrol subsidi RON95 kembali diperkatakan selepas tular satu rakaman di Johor Bahru. Video berdurasi kurang seminit itu memaparkan seorang lelaki tempatan berbatik menegur pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura yang didakwa sedang mengisi minyak RON95.

Dalam rakaman tersebut, lelaki berkenaan menegur pemandu dari Singapura agar tidak mengisi petrol bersubsidi RON95, selaras dengan larangan yang ditetapkan kerajaan. Larangan sama turut dipamerkan melalui notis yang jelas berhampiran pam minyak berkenaan.

Situasi berkenaan berlangsung dengan tenang tanpa insiden yang tidak diingini. Rakaman tersebut kemudiannya tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Baca juga:

Rata-rata netizen memuji tindakan berhemah lelaki tersebut. Ramai yang menganggap tegurannya sebagai contoh keberanian yang wajar dicontohi, selain mencerminkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penyalahgunaan subsidi oleh kenderaan asing.

KPDN siasat kejadian

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dalam kenyataan mengesahkan siasatan sedang dijalankan. Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pegawai penguat kuasa telah ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Mengikut ketetapan kerajaan, hanya rakyat Malaysia dibenarkan membeli RON95, manakala kenderaan asing diwajibkan menggunakan RON97 bagi mengelakkan kebocoran subsidi.

Related Posts