Pemandu Mercedes & BMW 5 kali lebih cenderung memotong berbanding pemandu kereta biasa - The Reporter

Pemandu Mercedes & BMW 5 kali lebih cenderung memotong berbanding pemandu kereta biasa

Foto hiasan | Kredit: Quatro Rodas

Tingkah laku pemandu di jalan raya sering menjadi topik perbincangan hangat, terutamanya apabila melibatkan pemandu kenderaan mewah. Adakah benar bahawa pemandu kenderaan mewah lebih cenderung untuk melanggar peraturan lalu lintas?

Kajian UC Berkeley (2012)

Dalam kajian dari UC Berkeley yang diterbitkan pada tahun 2012 mendapati bahawa, pemandu kenderaan mewah lima kali lebih cenderung untuk memotong kenderaan lain di jalan raya berbanding pemandu kenderaan yang kurang berprestij (kenderaan jenama biasa).

Kajian ini mengaitkan tingkah laku ini dengan ciri-ciri personaliti yang sering ditemui pada individu yang tertarik kepada kenderaan berstatus tinggi.

Pemandu ini sering digambarkan sebagai lebih bangga dengan diri mereka sendiri, yang mungkin menjelaskan kecenderungan mereka untuk mengabaikan peraturan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kajian Universiti Helsinki (2020)

Sementara itu kajian dari Universiti Helsinki pada tahun 2020 mendapati bahawa, pemandu kenderaan mewah seperti Audi, BMW dan Mercedes cenderung untuk menjadi lebih keras kepala, mementingkan diri sendiri dan tiada empati.

Kajian ini juga mendapati bahawa lelaki yang kurang mesra dan suka berdebat lebih cenderung untuk memiliki kereta mewah. Selain itu, orang yang teliti dan bertanggungjawab juga cenderung untuk memandu kereta mewah.

Lelaki yang kurang mesra dan suka berdebat mungkin memilih kereta mewah kerana mereka ingin menunjukkan status atau kuasa mereka.

Namun begitu, ada netizen yang meragui kesahihan kajian ini dan menyatakan tingkah laku pemandu mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor lain seperti tekanan hidup atau keadaan lalu lintas. Bukan semata-mata jenis kenderaan yang dipandu.

Tetapi tidak kurang juga, ramai netizen berkongsi pengalaman peribadi mereka yang menyokong dapatan kajian ini. Dan mengakui pernah berhadapan dengan pemandu kenderaan mewah yang tidak bertimbang rasa di jalan raya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!