Pemandu halang laluan ambulans, ada masalah psikiatri - The Reporter

Pemandu halang laluan ambulans, ada masalah psikiatri

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, tular video menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Camry tidak memberi laluan untuk ambulans yang sedang membawa pesakit di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada jam 5 petang, 25 Januari lalu.

Susulan kejadian itu, pemandu ambulans tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima laporan tersebut dan telah mengesan pemandu berusia 41 tahun terbabit.

Siasatan lanjut kemudian mendapati, wanita berkenaan mempunyai masalah psikiatri dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan serta mendapatkan laporan perubatan.

Ketika kejadian itu berlaku, ambulans tersebut yang membawa pesakit sedang dalam perjalanan dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

Kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!