Pemandu e-hailing dilaporkan hilang sejak Khamis - The Reporter

Pemandu e-hailing dilaporkan hilang sejak Khamis

Sumber Gambar: Farah Liey

Seorang pemandu e-hailing dari Serkam, Jasin dilaporkan hilang sejak minggu lalu selepas memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan, Perak.

Syahrul Ashraf tidak dapat dihubungi oleh keluargnya termasuk isteri.

Menurut abangnya, Saiful Azwan Dahlan, kali terakhir dia menghubungi adiknya pada Khamis lalu menerusi WhatsApp dan memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

“Kali terakhir saya mengubungi adik melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis lalu dan dia hanya memaklumkan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

“Keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini,” katanya.

Jelasnya, adiknya yang menetap di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur tidak mengadu menghadapi sebarang masalah sebelum dia dilaporkan hilang.

“Dia tidak pernah hilang seperti ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya,” katanya lagi.

Kehilangan Syahrul Asyraf tular di media sosial apabila saudara mara dan rakan terdekat meminta jasa orang ramai mengesan keberadaan Syahrul.

Dalam pada itu, Saiful Azwan berkata, satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah pada Ahad lalu berhubung kehilangan adiknya itu.

Sumber: Sinar Harian, Farah Liey

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!