Pemandu warga Bangladesh terbabas, rempuh kereta dan pejalan kaki | The Reporter

Pemandu warga Bangladesh terbabas, rempuh kereta dan pejalan kaki

Detik kereta terbabas laju melanggar kenderaan di Jalan Ipoh dirakam dashcam
Rakaman dashcam tunjuk kereta dipandu warga Bangladesh terbabas laju dan merempuh sebuah kereta lain di Jalan Ipoh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Kereta dipandu warga Bangladesh hilang kawalan di Jalan Ipoh
• Rempuh kereta wanita Vietnam & pejalan kaki sebelum jatuh bawah jambatan
• Mangsa pejalan kaki belum dikenal pasti, cebisan kaki ditemui di lokasi

Rakaman dashcam dan beberapa video tular hari ini memaparkan detik cemas sebuah kereta terbabas laju sebelum melanggar sebuah kenderaan dan seorang pejalan kaki, lalu terjunam ke bawah jambatan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Insiden yang berlaku sekitar jam 11.45 pagi berhampiran laluan ke Bulatan Kepong, menyebabkan kereta berkenaan tersangkut di celah konkrit saluran paip besi di bawah jambatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kereta tersebut dipandu oleh lelaki warga Bangladesh yang datang dari arah PPR Batu Muda.

“Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta dipandu wanita warga Vietnam dan melanggar seorang pejalan kaki. Mangsa pejalan kaki itu terpelanting ke bawah jambatan,” katanya.

Cebisan kaki mangsa ditemui di lokasi, namun identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini. Pemandu lelaki yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Tambah ACP Mohd Zamzuri, siasatan awal mendapati kereta itu bukan milik suspek, sebaliknya dipinjam daripada seorang rakannya.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Sentul, Jinjang dan Hang Tuah, bersama pasukan Angkatan Pertahanan Awam.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Buletin TV3

Related Posts