'Pemain badminton diharap dapat tonjolkan prestasi yang lebih baik' -MSN | The Reporter

‘Pemain badminton diharap dapat tonjolkan prestasi yang lebih baik’ -MSN

Sumber Gambar: Sinar Harian

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub meletakkan harapan agar pemain-pemain badminton negara dapat meneruskan kemaraan seterusnya melakarkan kejayaan buat kontinjen negara.

Ini susulan dua perenang dan penembak negara terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada Sukan Olimpik Paris 2024 di Perancis.

Katanya, pemain badminton perlu menonjolkan prestasi yang lebih baik daripada saingan di peringkat kumpulan apabila melangkah ke pusingan kalah mati.

“Buat masa ini, sukan-sukan yang kita jangka memberikan prestasi terbaik telah menepati ramalan. Keadaan atlet juga baik dan bebas kecederaan,” katanya.

Ramalan

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin menjangkakan empat wakil badminton dapat melayakkan diri ke suku akhir dengan setakat ini beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei.

“Saya juga berharap semangat juang tinggi daripada kem badminton ini akan dapat mencetuskan semangat kepada atlet lain yang bakal beraksi seperti memanah individu, terjun, golf, berbasikal dan angkat berat,” katanya.

Pearly-Thinaah akan berdepan gandingan nombor enam dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti manakala pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia bertemu pemain dari Sepanyol, Pablo Abian, manakala perseorangan wanita Goh Jin Wei bertemu Kim Ga-eun dari Korea Selatan pada Rabu.

Kemenangan aksi terakhir peringkat kumpulan masing-masing akan membawa mereka ke pertempuran di peringkat suku akhir.

Dalam pada itu Hamidin berkata, persembahan di bawah prestasi terbaik peribadi daripada penembak Johnathan Wong (10m air pistol lelaki), perenang Tan Rouxin (100m kuak dada wanita) dan Khiew Hoe Yean (400m gaya bebas lelaki), serta trio memanah – Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Syaqiera Masyahikh dan Nurul Azreena Mohd Fazil – (acara berpasukan) menyebabkan mereka tersingkir awal.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts