Pelawak & isteri direman polis untuk bantu siasatan penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam | The Reporter

Pelawak & isteri direman polis untuk bantu siasatan penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam

Foto hiasan | Sumber: Prihatin Spanco

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelawak berusia 38 tahun dan isterinya, 37, telah direman selama dua hari bermula hari ini.

Pasangan terbabit direman bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melalui aplikasi Telegram.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram mengenai IPD Shah Alam dan gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan, yang meninjau IPD tersebut.

Polis turut merampas telefon bimbit mereka untuk membantu dalam siasatan.

Kedua-duanya ditahan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada jam 7 malam, Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan penahanan mereka dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sumber: Harian Metro

Related Posts