Pelarian Rohingya marah, desak pemilik rumah serah semua buah rambutan - The Reporter

Pelarian Rohingya marah, desak pemilik rumah serah semua buah rambutan

Pelarian rohingya marah rambutan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan warga Rohingya meminta buah rambutan di sebuah rumah di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia, pada Rabu, 18 Disember 2024. Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, @Dwi Jelita Sari, dan telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Dalam video itu, sekumpulan warga Rohingya dilihat membawa baldi untuk mengutip rambutan yang masak di pokok di halaman rumah tersebut. Namun, keadaan menjadi tegang apabila penghuni rumah meminta mereka beredar kerana merasa kurang senang dengan kehadiran mereka yang dianggap mengganggu.

https://www.tiktok.com/@mimidwi14/video/7448934410419834117

Menurut pemilik rumah, mereka pada awalnya memberi buah rambutan itu kepada warga Rohingya berkenaan dengan niat baik. Namun, tidak beberapa lama kemudian kehadiran mereka semakin ramai dan mendesak diberikan buah rambutan, membuatkan pemilik rumah mula berasa tidak selesa.

“Pada mulanya, kami memang berniat baik. Mereka datang minta rambutan, kami pun berikan. Tapi kemudian, mereka datang beramai-ramai sambil marah-marah. Mereka minta semua pelarian dapat rambutan dan semua buah mesti dipetik untuk mereka bahagikan,” tulis @Dwi Jelita Sari dalam kapsyen video tersebut.

Pemangku Ketua Badan Kesatuan Bangsa dan Politik (Kesbangpol) Pekanbaru, Hadi Sanjoyo, berkata pihaknya akan menyiasat laporan tersebut. Hadi terkejut mendengar kejadian ini dan menjelaskan tanggungjawab untuk mendidik pelarian adalah di bawah Pusat Tahanan Imigresen (PTI). Proses ini juga dilakukan bersama UNHCR dan IOM melalui Pasukan Khas Pengurusan Pelarian Antarabangsa.

“Jadi, pengurusan sikap pelarian ini adalah di bawah tanggungjawab Pusat Tahanan Imigresen kerana di sana terdapat pihak yang menguruskan perkara tersebut,” katanya.

Hadi juga memberi jaminan bahawa laporan ini akan diselesaikan dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan.

“Secara prinsipnya, laporan ini akan kami tangani bersama. Kami akan turun bersama-sama untuk menguruskan perkara ini,” tambah Hadi. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!