Satu pergaduhan dirakamkan berlaku di sebuah padang bola di Gamuda Gardens melibatkan beberapa kumpulan pemain bola sepak liga bawah umur.
Insiden tersebut memaparkan pasukan bola berjersi kuning menyerang pasukan lawan dan dibalas dengan pukulan topi keledar di kepala.
Tidak terhenti disitu sahaja, kedua-dua pihak berbalas pukulan dengan hayunan kerusi.
Walaupun insiden tersebut cuba ditenteramkan oleh orang ramai, namun hanya sia-sia apabila aksi tersebut berterusan malahan melibatkan pergaduhan tanpa mengira umur.
Insiden berkenaan mula tular dalam aplikasi X. Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang terlibat di dalam insiden tersebut apatah lagi insiden berkenaan ditonton oleh beberapa kaum wanita dan juga kanak-kanak.
“Tak malu ada perempuan, budak kecik situ kau pukul curi, pastu lari,” kata netizen.
“Buat malu kat anak-anak. Macam ni la bila mak bapak over. Patut latihan atau game tertutup je. Mak bapak tak payah tengok,” tulis netizen lain.
Sumber: X
Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!