Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam suasana Ramadan, ramai yang memilih untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga sebagai cara menghargai masa berkualiti dan menikmati juadah istimewa. Namun, di sebalik pengalaman indah itu, ada juga risiko seperti tempahan tidak diurus dengan baik hingga menjejaskan kelancaran berbuka.
Itulah yang berlaku kepada seorang pelanggan, Meera, yang meluahkan rasa kecewa di TikTok apabila keluarganya tidak dapat menikmati juadah berbuka puasa di sebuah restoran masakan Terengganu, meskipun telah membuat tempahan dan pembayaran lebih awal pada hari yang sama.
Menurut Meera, dia telah membuat tempahan serta membayar makanan seawal jam 3.49 petang, namun apabila mereka sekeluarga tiba untuk berbuka, pekerja restoran memaklumkan makanan sudah habis.
“Sedangkan semasa saya buat tempahan, mereka belum masak pun lagi. Tapi bila kami datang waktu berbuka, pekerja kata lauk habis. Yang saya bayar dalam resit ini untuk apa?” katanya.
- ‘Jangan paksa kerajaan iktiraf UEC’ – Tok Mat tegaskan soal identiti kebangsaan
- ‘Saya nak brek, tapi tertekan pedal minyak’ – Pemandu cuai langgar 20 murid sekolah
- Enggan tukar tempat duduk tepi tingkap dengan budak, wanita fail saman selepas video tular
- Imigresen serbu restoran popular, 101 pekerja asing ditahan kerana kerja tanpa permit
- Lelaki maut dalam kebakaran unit kondominium di Mont Kiara
Tambahnya lagi, tiada permohonan maaf diberikan, malah pekerja hanya berdiam diri dan pemilik restoran didakwa bertindak menyekatnya di TikTok selepas isu ini dibangkitkan.
“Saya tanya kenapa jadi macam ini pun tak ada jawapan. Pelanggan lain yang datang walk-in dapat makan, tapi kami yang dah tempah dan bayar awal, langsung tak dapat makanan,” katanya kesal.
Perkongsian Meera itu mengundang simpati ramai pengguna TikTok yang turut mempersoalkan tindakan pihak restoran kerana gagal mengurus tempahan pelanggan dengan baik.








