Kebanyakan pelanggan datang ke kedai makan untuk berehat dan menikmati hidangan, namun kini ada yang mula rasa tidak selamat apabila diganggu oleh pengemis yang memaksa minta duit. Lebih membimbangkan, ada yang sanggup bertindak kasar apabila tidak dilayan.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pengemis wanita memukul seorang lelaki yang sedang makan bersama rakan-rakannya di sebuah restoran. Kejadian itu berlaku kerana lelaki tersebut enggan memberikan wang seperti yang diminta.
Dalam video berdurasi 30 saat yang dimuat naik pengguna TikTok @sfh.reez, wanita berkenaan dilihat datang menghampiri meja pelanggan untuk meminta sedekah. Apabila tidak diendahkan, dia bertindak memukul belakang lelaki itu sebelum berlalu pergi.
- Isu warga Israel: Kongres AS tekan Washington kaji semula hubungan dengan Malaysia
- Zohran Mamdani sokong waran tangkap ICC terhadap Netanyahu
- Pergaduhan murid tular: JPWPKL tiada kompromi terhadap salah laku keganasan
- Maritim Malaysia nafi dakwaan bot bawa PATI Rohingya masuk melalui pesisir pantai
- ‘Jika BN-PN bergabung, tak perlu panik, hadapi dengan matang’ – Mat Sabu
Tindakan pengemis itu mengejutkan orang ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang marah dan menyifatkan kejadian itu keterlaluan serta menakutkan pelanggan yang hanya mahu makan dengan tenang.
“Lain macam minta sedekah sekarang. Tak bagi duit, terus kena pukul. Nak makan pun bahaya sekarang,” tulis seorang netizen.
Ada juga yang meminta peniaga bertindak lebih tegas. “Kalau ada orang minta sedekah dalam kedai, kau boleh halau. Tapi halau elok-elok, jangan sampai kasar. Kalau tak, suruh je dia cuci pinggan kat belakang,” kata @akhmaratul.
Namun begitu, perbincangan di ruangan komen turut mencetuskan isu lebih besar apabila ramai yang menyalahkan warga asing, khususnya etnik Rohingya. Ada yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kerana mendakwa mereka bebas berkeliaran dan mengganggu pelanggan.
Walaupun ramai yang marah, ada juga netizen yang memuji sikap sabar lelaki tersebut kerana tidak membalas pukulan itu. “Mungkin dia fikir orang tua tu. Kalau dia balas, lagi viral jadinya,” kata @mr_ashl3y.








