Pelanggan dakwa aak perempuannya hamil selepas pakai seluar dalam dibeli dari kedai online | The Reporter

Pelanggan dakwa aak perempuannya hamil selepas pakai seluar dalam dibeli dari kedai online

Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelanggan di China mendakwa anak perempuannya hamil selepas memakai seluar dalam yang dibeli secara dalam talian dari platform e-dagang Taobao.

Perbualan antara pelanggan tersebut dengan wakil khidmat pelanggan Taobao telah menjadi tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan tidak percaya di kalangan netizen.

Dalam perbualan tersebut, wakil khidmat pelanggan dengan sabar menjelaskan bahawa seluar dalam tidak boleh menyebabkan kehamilan. Malah memberi jaminan kebanyakan pekerja di syarikat itu adalah wanita yang berusia dan satu-satunya pekerja lelaki adalah pemilik syarikat yang telah menjalani vasektomi.

Walaupun penjelasan telah diberikan, pelanggan terbabit tetap berkeras dan mendakwa anak perempuannya hamil selepas memakai seluar dalam tersebut.

Namun, selepas pelanggan itu membawa anak perempuannya untuk menjalani pemeriksaan, dia akhirnya akhirnya mengakui kehamilan itu tidak berkaitan dengan seluar dalam yang dibeli.

Insiden ini telah mencetuskan pelbagai komen di media sosial. Ramai netizen membuat spekulasi anak perempuan kepada pelanggan tersebut mungkin hamil melalui cara lain dan sengaja menipu ibunya. Tidak kurang juga yang mengkritik si ibu kurang pengetahuan asas biologi, manakala yang lain mencadangkan ujian DNA untuk menyelesaikan isu ini.

Pemilik kedai online tersebut kemudian tampil untuk menjelaskan tentang situasi sebenar. Pada mulanya, dia menganggap insiden ini sebagai gurauan, tetapi selepas meneliti perbualan tersebut, dia menjadi bimbang tentang kemungkinan hal ini akan memberi kesan buruk terhadap perniagaannya.

Bagaimanapun selepas diselidik, dia mendapati pelanggan berkenaan adalah seorang pempengaruh yang telah mereka cerita palsu untuk mendapatkan trafik di media sosial.

Sumber: Dimsumdaily

Related Posts