Pelancong bengang dihampiri kanak-kanak yang asyik meminta duit | The Reporter

Pelancong bengang dihampiri kanak-kanak yang asyik meminta duit

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kedatangan pelancong dari luar negara wajar disambut baik oleh penduduk tempatan kerana setiap tindakan dan kelakuan yang dipamerkan oleh kita akan mempengaruhi pandangan mereka terhadap negara kita.

Pelancong membawa bersama mereka pengalaman dan cerita yang dapat memperkayakan interaksi budaya, dan layanan baik dari kita bukan sahaja meningkatkan imej negara, tetapi juga memupuk hubungan mesra antarabangsa.

Bagaimanapun nasib yang berbeza menimpa dua pelancong berasal dari Poland ketika melancong di Indonesia. Mereka berdepan dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, sekali gus memberikan persepsi yang buruk terhadap negara tersebut.

Miquel Rudy bersama rakannya baru-baru ini melancong di Indonesia. Tatkala mereka memerlukan bantuan, ada beberapa individu yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap mereka.

https://www.tiktok.com/@miquelrudy/video/7400376959043259680

“Oh tuhan, saya rasa bengang sangat. Sekarang saya tak dapat berfikir dengan baik. Orang di sini tak tahu bagaimana hendak membantu kami. Ada beberapa individu cuba tawarkan perkhidmatan menghantar kami dengan kereta persendirian bagai.

“Kalau saya kata tidak, makanya tidak. Saya sudah tidak berhubung dengan mereka lagi,” katanya.

Miquel turut meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan kanak-kanak di jalanan yang cuba meminta wang daripada mereka.

“Ada budak-budak yang cuba minta wang bagai.. saya sudah tidak sanggup lagi. Saya marah, biasanya saya tak marah. Tapi sekarang saya marah.

“Entahlah, saya dah tak sanggup. Saya nak naik bas dan berambus dari sini,” katanya.

Di ruang komen, ramai netizen mengatakan itu adalah perkara biasa di Indonesia. Malah kedatangan YouTuber terkenal, IShowSpeed ke Indonesia baru-baru ini juga mengalami pengalaman yang sama sehingga ayat seperti ‘Sir, money sir’ kini menjadi bahan gurauan di media sosial.

Related Posts