Pelajar tingkatan lima maut kemalangan, disyaki terlibat aktiviti rempit - The Reporter

Pelajar tingkatan lima maut kemalangan, disyaki terlibat aktiviti rempit

Pelajar tingkatan lima maut kemalangan, disyaki terlibat aktiviti rempit
Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dalam satu kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung, awal pagi tadi. Mangsa dipercayai terlibat dengan aktiviti merempit ketika insiden berlaku.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi, apabila Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Georgetown ke Batu Maung. Ketika tiba di hadapan sebuah kilang, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjatuh, mengakibatkan kecederaan parah hingga meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Sazalee turut memaklumkan, mangsa disyaki sedang berlumba bersama rakan-rakannya, namun jumlah kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu masih belum dapat dipastikan. Setakat ini, tiada saksi yang tampil membantu siasatan.

Mayat pelajar tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk proses bedah siasat, sementara kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Malaysia Gazette, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!